Pages

Thursday, June 3, 2010

Belia Masa Kini



Negara kita pada masa ini amat memerlukan golongan belia yang mampu menerajui dan memimpin negara ke arah kecemerlangan dan kemajuan dalam pelbagai aspek pada masa akan datang. Dalam mencapai hasrat tersebut golongan ini perlulah dibimbing dan diberi perhatian yang sewajarnya bagi membentuk satu golongan yang dapat dijadikan sebagai titik tolak kepada sesuatu perubahan besar yang akan dilakukan. Golongan belia juga haruslah diberi ruang dan peluang sekaligus dijadikan sebahagian daripada komponen penting negara.

Memetik artikel Mohd Zawawi b. Ahmad Mughni, Ketua Biro Pembangunan Sosial ABIM Selangor yang bertajuk “Belia Hari Ini Wajah Negara Masa Hadapan”, hari belia yang disambut pada 15 Mei setiap tahun dinegara kita adalah sebagai satu medan untuk setiap warga muda bermuhasabah dan memikirkan matlamat dan hala tuju yang ingin dicapai oleh mereka. Tema hari belia tahun ini “ Belia Bina Bangsa, Belia berwawasan dan Belia Malaysia” merupakan satu tema yang sangat menarik untuk kita renungi dan fikirkan bersama . sememangnya warga muda hari ini adalah cerminan wajah negara akan datang.

Sehubungan dengan itu, menurut Prof. Dr. Yusof Al Qaradhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam yang tersohor dan disegani masa kini, katanya ; “ Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur “baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur” tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”.

Justeru itu, para belia pada masa kini memerlukan pemimpin yang bukan sahaja berjiwa rakyat, akan tetapi pemimpin yang berjiwa belia. Bak kata mantan presiden indonesia Suharto..BERIKAN SAYA 10 ORANG BELIA..SAYA AKAN GONCANG BUMI INDONESIA INI. Oleh itu, jangan perlekehkan golongan muda yakni belia.

Thursday, April 22, 2010

Golongan Belia Tunggak Negara



Golongan belia adalah salah satu komponen rakyat yang sangat penting bagi mencapai aspirasi negara. Golongan ini perlu diberi peluang untuk menyuarakan bukan sahaja pendapat tapi idea-idea yang dapat memberi manfaat kepada diri mereka mahupun bangsa dan negara. Mereka mempunyai acuannya sendiri dalam menjana idea sesama mereka.

Namun ramai pihak yang ambil remeh tentang golongan ini ianya hanya kerana mereka belia atau sebaliknya. segelintir pemimpin juga mengabaikan tentang kepentingan belia di negara ini dan menyebabkan senario negara ini berubah.

Justeru itu, langkah yang bijak perlu diambil bagi memastikan belia di negara ini mendapat tempatnya sendiri, ini kerana "Belia Adalah Tunggak Negara".