Golongan belia adalah salah satu komponen rakyat yang sangat penting bagi mencapai aspirasi negara. Golongan ini perlu diberi peluang untuk menyuarakan bukan sahaja pendapat tapi idea-idea yang dapat memberi manfaat kepada diri mereka mahupun bangsa dan negara. Mereka mempunyai acuannya sendiri dalam menjana idea sesama mereka.
Namun ramai pihak yang ambil remeh tentang golongan ini ianya hanya kerana mereka belia atau sebaliknya. segelintir pemimpin juga mengabaikan tentang kepentingan belia di negara ini dan menyebabkan senario negara ini berubah.
Justeru itu, langkah yang bijak perlu diambil bagi memastikan belia di negara ini mendapat tempatnya sendiri, ini kerana "Belia Adalah Tunggak Negara".
Saya memetik kata-kata daripada mantan presiden indonesia Suharto..BERIKAN SAYA 10 ORANG BELIA..SAYA AKAN GONCANG BUMI INDO INI..
ReplyDeleteini bermakna golongan ini tidak boleh dipinggirkan sama sekali dalam apa juga agenda peringkat cawangan, bahagian,negeri ataupun kebangsaan...mana2 pemimpin yang tidak mahu mendengar ataupun tidak melayan kehendak serta aspirasi golongan ini..mereka bakal dihukum pada PRU13 nanti... bukan sahaja belia ini sebagai tunggak..malah PENENTU KEPADA KERAJAAN YANG MEMERINTAH NEGARA
pandangan SoRobogh amat menarik perhatian saya..."BERIKAN SAYA 10 ORANG BELIA..SAYA AKAN GONCANG BUMI INDO INI"....ia seperti menggambarkan bahawa Belia boleh dijadikan senjata atau alat yg sangat efektif untuk mengubah senario sesuatu negara dalam pelbagai aspek.....Belia bukan saja penentu kepada kerajaan yang memerintah tetapi menjadi batu pengukur bagi melahirkan pemimpin negara yang berwibawa pada masa akan datang....
ReplyDelete